Kalau kita dan KAWAN kita adalah orang-orang BODOH carilah kawan kawan yang PANDAI agar kita semua menjadi PANDAI. Kalau orang-orang PANDAI tak mau berkawan dengan kita, marilah belajar agar kita menjadi PANDAI. Kalau kita adalah orang PANDAI ajaklah kawan yang BODOH untuk belajar agar menjadi PANDAI.
Kalau kita dan kawan kita orang-orang PANDAI ajaklah orang-orang BODOH untuk belajar agar menjadi orang-orang PANDAI. Kalau semua orang adalah orang BODOH marilah bersama-sama belajar agar kita semua menjadi PANDAI. Kalau semua orang adalah orang PANDAI marilah bersama-sama terus belajar agar menjadi semakin PANDAI
Berhenti berkawan dengan orang BODOH karena sudah tidak ada lagi orang yang BODOH. Berkawanlah dengan orang PANDAI karena semua orang sudah menjadi PANDAI
Jauhkan keBODOHan dari kita, karena keBODOHan mendekatkan kita pada keFAKIRan. Jauhkan keFAKIRan dari kita, karena keFAKIRan mendekatkan kita pada keKUFURan. Jauhkan keKUFURan dari kita, karena keKUFURan menghalangi kita dari keIMANan
Dekatkan diri kita pada keIMANan, karena keIMANan menjauhkan kita dari keTIDAKBERDAYAan. Jauhkan diri kita dari keTIDAK BERDAYA an, karena ke TIDAK BERDAYAan mendorong kita pada kePUTUS ASAan
Jauhkan diri kita dari ke kePUTUSASAan, karena kePUTUSASAan mendorong kita pada keMALASan. Jauhkan diri kita dari keMALASan, karena keMALASan mendekatkan kita pada keBODOHan
Ingatlah ..... Allah meninggikan dArjat orang-orang beriman yang berilmu di antara kamu.
BOMOH dan BERUBAT CARA ISLAM
PERCAYA RAMALAN KARUT BOMOH BOLEH ROSAK AKIDAH
Bomoh, dukun dan pawang mempunyai kerjaya yang sama iaitu mengubat atau merawat orang sakit. Pawang pula diertikan sebagai mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu menggunakan kuasa ghaib, mengubati orang sakit menggunakan jampi mEntera.
Dalam sejarah tamadun Islam, ahli perubatan dikenali sebagai tabib. Mereka mengubati penyakit menggunakan ubat dipercayai boleh melawan penyakit sama ada berpunca daripada kuman atau perubahan suhu badan dan sebagainya.
Ubat itu daripada bahan semula jadi seperti madu, tumbuh-tumbuhan, hidupan di darat atau laut yang dikenal pasti melalui al-Quran, hadis atau pengalaman.
Tabib Muslim meyakini setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“ Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan sama dengan ubatnya ”
Adakah bomoh boleh disamakan dengan tabib dan khidmat mereka direstui Islam?
Jika bomoh atau dukun itu mengubat pesakit hanya menggunakan jampi berupa doa kepada Allah atau ayat al-Quran, berkemungkinan tidak menyalahi ajaran Islam dengan syarat ayat yang dibaca sesuai dengan isyarat Rasulullah SAW bahawa sebagai penawar untuk penyakit tertentu. Begitu juga mengubat dengan menggunakan akar kayu dan sebagainya.
Bomoh, dukun atau pawang yang mengubat pesakit menggunakan kuasa ghaib, maka dia tidak dapat disamakan dengan istilah tabib tetapi boleh disenaraikan termasuk kukang tenung)atau arruf (tukang tilik) yang dilarang dalam Islam.
Tukang tenung sebelum mengubati pesakit meramal punca penyakit melalu air dalam mangkuk, keris atau dengan cara menurun kononnya roh masuk ke dalam diri yang sebenarnya ialah jin atau syaitan. Kemudian dia memberitahu pelanggannya penyakit yang dihadapi berpunca daripada perbuatan orang atau terkena sampuk jembalang.
“Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semata-mata” (Surah al-Naml, ayat 65)
Rasulullah SAW juga menegaskan mengenai dirinya dengan perintah Allah yang bermaksud:
“ Kalaulah saya dapat mengetahui perkara ghaib, nescaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; saya tidak lain hanya seorang Nabi yang membawa khabar duka dan khabar gembira untuk kaum yang mahu beriman”
(Surah al-A’raf, ayat 18 )
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“ Sesiapa yang datang menemui `arraf (tukang tilik) kemudian menanyakan mengenai sesuatu maka solatnya tidak diterima selama 40 hari ”
Hadis riwayat Muslim
Islam memang mengakui adanya sesetengah penyakit disebabkan sihir dan Islam mempunyai cara tersendiri untuk menjauhkan diri daripada terkena sihir atau cara merawatnya iaitu mencari doa, ayat serta surah tertentu.
MENYEMBUHKAN PENYAKIT DENGAN AYAT AL- QURAN
Sebelum itu perlu diingat bahawa
segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan.
Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.
1. SURAH AL-FATIHAH
Untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, hajat, kekuatan zahir & batin, wiridkanlah surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Sebaik-baiknya diamalkan selama 40 hari. Insya-Allah berhasil.
Untuk Murah Rezeki, bacalah Surah Al-Fatihah 7 kali, Surah Al-Ikhlas 7 kali, Surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nas 7 kali selepas solat fardhu jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya-Allah di ampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga Insya-Allah.
Untuk pendinding ketika tidur, bacalah bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan surah An-Nas 1 kali sebelum tidur. Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.
Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-ayat Al-Quran, oleh Abu Al-Baqir Al-Burhami, Terbitan Al-Baqir Enterprise.
2. SURAH YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak anak
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan, harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik,
Ayat 36 - Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 44 - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Jadikan lah amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada,
bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Jika sakit urat, tulang, tulang yang patah dan sakit sakit badan.
Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Sumber http://fauzynm.e-belia.net/
3. AYAT KURSI
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.
Sumber http://tanbihul_ghafilin.tripod.com
20.1.09
19.1.09
* * Kenali Palestin dan Impian Rejim Zionist
Sejarah bumi Palestin dan
Impian rEJIM iSRAEL
MASJID AL AQSHA DALAM BAHAYA
diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsha.
MASJID AL AQSHA KITA INI DALAM BAHAYA, REJIM ISRAEL MELAKUKAN BERBAGAI CARA UNTUK MEMUSNAHKANNYA
18.1.09
## oRANG yAHUDI aKAN DIMUSNAHkAN
1. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG YAHUDI
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri - kaktus), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".
Keterangan
Walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam.
Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka.
| 2. DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata, " (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
|
| Keterangan Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan/bala akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Bala yang diturunkan bukan hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu. Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya. |
17.1.09
## Jenis kafir
1. Kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi orang Islam ( macam rEJIM iSRAEL laknatullah!! )
2. Kafir zimmi iaitu orang kafir yang mendiami dalam negara Islam dan tidak memusuhi dan memerangi orang Islam serta membayar cukai kepada negara tersebut ( macam non muslim yang ada kat Malaysia ni )..
>> berita sedih kat surau APIUM, Universiti Malaya
Kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.
-- sedihnya,
siapalah punya angkara,
teringat kenangan lama, di surau inilah saya selalu solat berjemaah dan duduk berehat dan kadang kadang terlelap . itu semasa saya belajar di sini
| Saya tak faham mengapa perkara ini berlaku dan siapalah yang sanggup melakukannya dan kenapa... Macam macam yang saya fikir, apa kena dengan adik adik kat sana tu, adakah ketegangan kaum dan agama sudah mula digerakkan oleh pihak tertentu? Atau apakan ini sebagai satu provokasi yang melampau yang cuba mencetuskan perselisihan antara kaum. Perkara ini pada hakikatnya mencabar sensitiviti seluruh umat Islam kerana ia melibatkan penghinaan terhadap agama kita. Budaya seperti ini, sekiranya tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib seperti polis, pentadbiran APIUM dan UM sendiri, akan menyebabkan pelakuan sebegini akan lebih berleluasa pada masa depan. dan ingatlah wahai umat manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ini Semoga kamu dilaknat dan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat |
>> Hukum boikot barangan Israel
Boikot barang rEJIM iSRAEL - satu perbahasan yang hebat diperkatakan sekarang
Dalil keutamaan ini antaranya adalah
جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم
Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu"
(Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih )
Apa hukum nya berjual beli dengan barangan yahudi
Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal ataupun harus selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli Islam dengan syarat:-
1) Produk dan urusniaga mereka bertepatan dengan islam dan disahkan bersih dan halal oleh mereka yang berwajib dalam sesebuah negara
2) Tiada sebarang perintah oleh kerajaan atau mereka yang berwajib untuk memboikot barangan
3) Tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
4) Hukum harus ini hanya bertukar kepada haram jikaberurusniaga atau wajib memboikot mereka jika Pemerintah Islam tertinggi mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.
Asas Hukum berjual beli dengan orang Yahudi
1) Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi. Ini bermakna berurusan dengan Yahudi dan barangan yang dihasilkannya selagi menepati kehendak Allah adalah diharuskan.
2) Allah SWT juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat berikut : -
الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ
Ertinya : "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik.."
(Al-Maidah : 5 )
Tidak dinafikan sama sekali bahawa umat Islam perlu melakukan sesuatu jika rEJIM iSRAEL melakukan suatu jenayah dan kebiadapan terhadap Islam.
Umat Islam perlu bersatu padu dan bergabung kekuatan bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana pihak yang memulakan kejahatan terhadap Islam.
Boikot seperti ini adalah untuk memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.
Tapi kita perlu tahu antara hukum dan keutamaan. Jangan nanti jika ada di antara kita yang melihat rakan terlibat dengan mana-mana syarikat tadi menuduhnya kafir, munafiq dan lain-lain.
Selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh rEJIM iSRAEL juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Siapa dan apa yang perlu kita boikot
Insyaallah di lain artikel saya akan membuat kajian berkenaan syarikat yang perlu kita boikot dengan bukti bahawa mereka terlibat secara rasmi ataupun mereka mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan rEJIM iSRAEL ke atas negara umat Islam seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain.
Dan jika pendedahan dan bukti itu jelas dan bukannya khabar angin maka tatkala itu ia sudah termasuk dalam hukum sebagai wajib melakukan pemboikotan.
Semoga allah memberikan petunjuk dan hidayahNya. Wallahualam
Asmaul Husna
Asmaul Husna
ALLAH memiliki nama-nama yang baik yang disebut dengan Asmaul Husna.
Rasulullah SAW menjelaskan bahwa al-Asma al-Husna ini jumlahnya ada 99,
karena ALLAH menyukai bilangan yang ganjil.
Sesungguhnya ALLAH mempunyai sembilan puluh sembilan nama, yaitu seratus kurang satu. Barangsiapa menghitungnya, niscaya ia masuk surga. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Jika kita memohon diberi petunjuk, sebutlah nama Al-Hâdi (Maha Pemberi Petunjuk).
Jika kita mohon diberi sifat kasih sayang, sebutlah nama Ar-Rahmân (Maha Pengasih).
| No | Nama | Erti |
| 1 | ar-Rahmaan | Yang Maha Pemurah |
| 2 | ar-Rahiim | Yang Maha Pengasih |
| 3 | al-Malik | Yang Maha Raja/ penakluk |
| 4 | al-Qudduus | Maha Suci |
| 5 | as-Salaam | Maha Sejahtera |
| 6 | al-Mu’min | Yang Maha Terpercaya |
| 7 | al-Muhaimin | Yang Maha Memelihara |
| 8 | al-’Aziiz | Yang Maha gagah |
| 9 | al-Jabbaar | Yang Maha Perkasa |
| 10 | al-Mutakabbir | Yang Memiliki Kebesaran |
| 11 | al-Khaaliq | Yang Maha Pencipta |
| 12 | al-Baari’ | Yang Mengadakan dari Tiada |
| 13 | al-Mushawwir | Yang Membuat Bentuk |
| 14 | al-Ghaffaar | Yang Maha Pengampun |
| 15 | al-Qahhaar | Yang Maha Perkasa |
| 16 | al-Wahhaab | Yang Maha Pemberi |
| 17 | ar-Razzaq | Yang Maha Pemberi Rezki |
| 18 | al-Fattaah | Yang Maha Membuka (Hati) |
| 19 | al-’Aliim | Yang Maha Mengetahui |
| 20 | al-Qaabidh | Yang Maha Pengendali |
| 21 | al-Baasith | Yang Maha Melapangkan |
| 22 | al-Khaafidh | Yang Merendahkan |
| 23 | ar-Raafi’ | Yang Meninggikan |
| 24 | al-Mu’izz | Yang Maha Terhormat |
| 25 | al-Mudzdzill | Yang Maha Menghinakan |
| 26 | as-Samii’ | Yang Maha Mendengar |
| 27 | al-Bashiir | Yang Maha Melihat |
| 28 | al-Hakam | Yang Memutuskan Hukum |
| 29 | al-’Adl | Yang Maha Adil |
| 30 | al-Lathiif | Yang Maha Lembut |
| 31 | al-Khabiir | Yang Maha Mengetahui |
| 32 | al-Haliim | Yang Maha Penyantun |
| 33 | al-’Azhiim | Yang Maha Agung |
| 34 | al-Ghafuur | Yang Maha Pengampun |
| 35 | asy-Syakuur | Yang Menerima Syukur |
| 36 | al-’Aliyy | Yang Maha Tinggi |
| 37 | al-Kabiir | Yang Maha Besar |
| 38 | al-Hafiizh | Yang Maha Penjaga |
| 39 | al-Muqiit | Yang Maha Pemelihara |
| 40 | al-Hasiib | Yang Maha Pembuat Perhitungan |
| 41 | al-Jaliil | Yang Maha Luhur |
| 42 | al-Kariim | Yang Maha Mulia |
| 43 | ar-Raqiib | Yang Maha Mengawasi |
| 44 | al-Mujiib | Yang Maha Mengabulkan |
| 45 | al-Waasi’ | Yang Maha Luas |
| 46 | al-Hakiim | Yang Maha Bijaksana |
| 47 | al-Waduud | Yang Maha Mengasihi |
| 48 | al-Majiid | Yang Maha Mulia |
| 49 | al-Baa’its | Yang Membangkitkan |
| 50 | asy-Syahiid | Yang Maha Menyaksikan |
| 51 | al-Haqq | Yang Maha Benar |
| 52 | al-Wakiil | Yang Maha Pemelihara |
| 53 | al-Qawiyy | Yang Maha Kuat |
| 54 | al-Matiin | Yang Maha Kokoh |
| 55 | al-Waliyy | Yang Maha Melindungi |
| 56 | al-Hamiid | Yang Maha Terpuji |
| 57 | al-Muhshi | Yang Maha Menghitung |
| 58 | al-Mubdi’ | Yang Maha Memulai |
| 59 | al-Mu’id | Yang Maha Mengembalikan |
| 60 | al-Muhyi | Yang Maha Menghidupkan |
| 61 | al-Mumiit | Yang Maha Mematikan |
| 62 | al-Hayy | Yang Maha Hidup |
| 63 | al-Qayyuum | Yang Maha Mandiri |
| 64 | al-Waajid | Yang Maha Menemukan |
| 65 | al-Maajid | Yang Maha Mulia |
| 66 | al-Waahid | Yang Maha Tunggal |
| 67 | al-Ahad | Yang Maha Esa |
| 68 | ash-Shamad | Yang Maha Dibutuhkan |
| 69 | al-Qaadir | Yang Maha Kuat |
| 70 | al-Muqtadir | Yang Maha Berkuasa |
| 71 | al-Muqqadim | Yang Maha Mendahulukan |
| 72 | al-Mu’akhkhir | Yang Maha Mengakhirkan |
| 73 | al-Awwal | Yang Maha Permulaan |
| 74 | al-Aakhir | Yang Maha Akhir |
| 75 | azh-Zhaahir | Yang Maha Nyata |
| 76 | al-Baathin | Yang Maha Gaib |
| 77 | al-Waalii | Yang Maha Memerintah |
| 78 | al-Muta’aalii | Yang Maha Tinggi |
| 79 | al-Barr | Yang Maha Dermawan |
| 80 | at-Tawwaab | Yang Maha Penerima Taubat |
| 81 | al-Muntaqim | Yang Maha Penyiksa |
| 82 | al-’Afuww | Yang Maha Pemaaf |
| 83 | ar-Ra’uuf | Yang Maha Pengasih |
| 84 | Maalik al-Mulk | Yang Mempunyai Kerajaan |
| 85 | Zuljalaal wa al-’Ikraam | Yang Maha Memiliki Kebesaran serta Kemuliaan |
| 86 | al-Muqsith | Yang Maha Adil |
| 87 | al-Jaami’ | Yang Maha Pengumpul |
| 88 | al-Ghaniyy | Yang Maha Kaya |
| 89 | al-Mughnii | Yang Maha Mencukupi |
| 90 | al-Maani’ | Yang Maha Mencegah |
| 91 | adh-Dhaarr | Yang Maha Pemberi Derita |
| 92 | an-Naafi’ | Yang Maha Pemberi Manfaat |
| 93 | an-Nuur | Yang Maha Bercahaya |
| 94 | al-Haadii | Yang Maha Pemberi Petunjuk |
| 95 | al-Badii’ | Yang Maha Pencipta |
| 96 | al-Baaqii | Yang Maha Kekal |
| 97 | al-Waarits | Yang Maha Mewarisi |
| 98 | ar-Rasyiid | Yang Maha Pandai |
| 99 | ash-Shabuur | Yang Maha Sabar |
14.1.09
himpunan solat sunat
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 - 4 pagi.
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
tidak terhadumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Masa melakukannya
Waktu malam - selepas tidur sebelum subuh.
Niatnya
Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.
Bacaan surah
- Rakaat pertama selepas Al-Fatihah bacalah surah Al-Kafirun,
- Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Doa selepas solat tahajjud
Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada Allah.
" Ya Allah, bagiMu segala puji,
Engkau penegak langit dan bumi dan alam semesta dengan segala isinya.
BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMu lah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.
BagiMu lah segala puji. Engkau yang hak dan janjiMu adalah benar, dan perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar dan nabi-nabi adalah benar, dan Nabi Mohd saw adalah benar, dan hari Kiamat adalah benar.
Ya Allah kepadaMu lah kami berserah diri dan denganMu aku beriman,
kepada Engkaulah aku bertawakkal. Kepada Mu tempat kembali dan kepadaMu jua kami rindu dan kepadaMu jualah kami berhukum.
Ampunilah kami di atas segala kesalahan yang kami lakukan, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan.
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Yang terakhir, tiada Tuhan melainkan Engkau. "

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.
Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih
Bacaan tasbih itu ialah :
Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita)
melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan Maha Agong."
Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih
Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir 10 kali tasbih
Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih
Niat Solat Tasbih
Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
Doa Sunat Sembahyang Tasbih
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
Doa Solat Witir
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."
SOLAT SUNAT TAUBAT
Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah.
Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri, dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi, kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb
Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.
Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Lafaz niat solat taubat
Selepas melakukan solat sunat taubat, bacalah istigfar sekurangkurangnya 33 kali. Dan bacalah doa memohon keampunan.
Berikut beberapa doa mohon ampunan kepada Allah Ta’ala yang dapat dibaca setelah shalat :
1. “ Rabbanaa dzalamnaa anfusanaa wa illam taghfirlanaa war hamnaa lakuunanna minal khaasiriin”
Ertinya : “ Ya Rabb kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang – orang yang merugi” (QS Al A’raaf : 23)
2. “AllaHumma innii zhalamtu nafsii zhulman katsiiran wa laa yaghfirudz dzunuuba illa anta, faghfirlii maghfiratan min ‘indika warhamnii innaka antal ghafuurur rahiim”
Ertinya : “ Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh karena itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (HR. Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)
Solat sunat Rawatib itu terbahagi kepada dua, iaitu sunnah mu’akkadah dan sunnah ghairi mu’akkadah.
Rawatib sunnah mu’akkadah
1) Dua rakaat sembahyang sunat Subuh (sembahyang sunat Fajar)
2) Dua rakaat sembahyang sunat Qabliyyah Zuhur ataupun Jumaat.
3) Dua rakaat sembahyang sunat Ba‘diyyah Zuhur ataupun Jumaat.
4) Dua rakaat sembahyang sunat Ba‘diyyah Maghrib.
5) Dua rakaat sembahyang sunat Ba‘diyyah ‘Isya’.
Rawatib sunnah ghairi mu’akkadah
1) Dua rakaat (tambahan) sembahyang sunat Qabliyyah Zuhur ataupun Jumaat.
2) Dua rakaat (tambahan) sembahyang sunat Ba‘diyyah Zuhur ataupun Jumaat.
3) Empat rakaat sembahyang sunat Asar.
4) Dua rakaat sembahyang sunat Qabliyyah Maghrib.
5) Dua rakaat sembahyang sunat Qabliyyah ‘Isya’.
Sungguhpun ada sebilangan sembahyang sunat Rawatib ini tidak disebutkan fadhilat amalannya secara khusus misalnya sembahyang sunat Rawatib Maghrib dan Isya’, akan tetapi kelebihannya tidak dapat dipertikaikan lagi dengan merenung hadits-hadits yang menyebutkan tentang kelebihan sembahyang sunat secara umum, di samping muadzabhah (amalan secara berterusan) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya Radhiallahu ‘anhum terhadap sembahyang sunat Rawatib ini khasnya dan sembahyang-sembahyang sunat yang lain amnya.
Imam Muslim meriwayatkan daripada An-Nu‘man bin Salim Radhiallahu 'anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang bersembahyang dua belas rakaat dalam sehari secara tathawwu‘ (sembahyang sunat Rawatib), dibuatkan untuknya sebuah rumah dalam syurga.”
(Hadits riwayat Imam Muslim)
Rabi‘ah bin Ka‘ab al-Aslami Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan dalam Shahih Muslim bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepadanya:
Maksudnya: “Pohonlah sesuatu (kepadaku). Lalu aku (Rabi‘ah) berkata: Aku memohon kepada Tuan untuk menemani Tuan di syurga. Lalu Baginda bersabda: Ada lagi? Lalu aku (Rabi‘ah) menjawab: Itu sahaja. Baginda bersabda: Bantulah aku (untuk memperbaiki) dirimu dengan memperbanyakkan sujud (sembahyang sunat).”
(Hadits riwayat Imam Muslim)
Pandangan Para Ulama Terhadap Orang Yang Biasa Meninggalkan Sembahyang Sunat Rawatib
Orang yang biasa meninggalkan sembahyang sunat Rawatib tidak diterima syahadahnya (tidak diterima sebagai saksi) menurut ulama-ulama besar seperti Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Imam asy-Syarwani, Imam an-Nawawi dan ramai lagi. Sikap sebegini menurut mereka, menunjukkan seseorang itu mengambil mudah serta tidak mengambil peduli terhadap suruhan-suruhan ugama, bahkan Imam asy-Syarwani mengkategorikannya sebagai suatu perbuatan yang boleh menjejaskan maruah sungguhpun perbuatan membiasakan untuk meninggalkan sembahyang Rawatib itu tidak haram.
Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata dalam kitab Fath al-Bari: Barangsiapa yang membiasakan dirinya untuk meninggalkan perkara-perkara sunat adalah merupakan satu kekurangan dalam ugamanya. Jika dia melakukannya kerana mengambil mudah terhadapnya ataupun kerana tidak menyukainya maka jadilah ia orang fasiq.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: “Maka barangsiapa yang tidak suka akan sunnahku, maka dia bukanlah daripada golonganku.”
(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Menqadha Sembahyang Sunat Rawatib
Sembahyang sunat Rawatib ialah sejenis sembahyang sunat yang ada ditentukan masa untuk mengerjakannya oleh syara’ (An-Naflu al-Mu’aqqat). Imam Al-Khatib As-Syarbini, seorang ulama mazhab Syafi‘e berpendapat, bahawa adalah sunat hukumnya menqadha sembahyang sunat yang ada ditentukan masa untuk mengerjakannya oleh syara’, sama ada sembahyang sunat tersebut diharuskan untuk berjemaah seperti sembahyang sunat Hari Raya ataupun tidak, seperti sembahyang sunat Rawatib dan Dhuha. Sembahyang-sembahyang sunat ini sunat untuk diqadha meskipun ketika sedang bermusafir.
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Kuraib Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya oleh seorang perempuan yang diutus kepada Baginda oleh Kuraib Radhiallahu ‘anhu mengenai sembahyang yang dikerjakan oleh Baginda selepas fardhu Asar, lalu Baginda pun bersabda:
Maksudnya: “Wahai puteri Abu Umayyah, kamu menanyakan tentang dua rakaat (yang aku kerjakan) sesudah fardhu Asar. Sesungguhnya orang-orang dari Abdul Qais datang kepadaku, lalu mereka menyibukkan aku (sehingga aku tertinggal) dari mengerjakan dua rakaat Ba‘diyyah Zuhur. Itulah dua rakaat yang telah aku kerjakan (selepas Asar itu).”
(Hadits riwayat Imam al-Bukhari)
Hadits di atas ini juga menjadi dalil bagi ulama-ulama mazhab Syafi‘e, bahawa adalah sunat hukumnya menqadha sembahyang-sembahyang sunat sekalipun pada waktu-waktu yang ditegah untuk bersembahyang seperti selepas sembahyang fardhu Asar dan Subuh. Ini kerana dalam hadits tersebut dinyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menqadha sembahyang sunat Ba‘diyyah Zuhur di waktu yang ditegah untuk menunaikan sembahyang sunat iaitu selepas sembahyang fardhu Asar.
Maka manfaatkanlah peluang ini kerana sembahyang sunat Rawatib mahupun sembahyang-sembahyang sunat yang lainnya amat besar fadhilatnya di mana selain dari mengharapkan rahmat serta maghfirah (keampunan Allah), ia juga sebagai cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mudawamah (amalan secara berterusan) terhadap sembahyang sunat ini juga menunjukkan sifat ketaatan serta ‘ubudiyyah (kehambaan) seorang insan itu terhadap Tuhannya. Selain itu ianya juga dapat menambal mana-mana kekurangan yang mungkin tidak disedari terdapat dalam sembahyang-sembahyang fardhu, sebagaimana riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya : “Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari qiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hamba-Ku, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hamba-Ku ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hamba-Ku itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.”
(Hadits riwayat Imam Ahmad)
solat sunat Istiharah
semoga tabah menghadapi ujian dari Allah swt
Bila di sebut sahaja Solat Istiharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan.
diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoalah ...
( doa seperti diakhir catatan ini )
Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang
contohnya selepas maghrib.
Niatnya
“ Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala ”
surah lain yang terbaik kita boleh baca.
# Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja
surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
Terjemahan Doa’ :
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.
Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.
(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)
13.1.09
rasa teruja sangat !
Nabi Muhammad saw
Adalah Individu paling hebat dan berpengaruh dalam sejarah dunia - diakui oleh penulis barat, Michael H. Hart
BUKU PALING LARIS MENJADI BACAAN SELURUH DUNIA
The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History
- Terbitan New York: Carol Publishing Group/Citadel Press
- karya Michael H. Hart
- diterbitkan pada 1978
Buku ini telah menimbulkan kejutan apabila penulis meletakkan Nabi Muhammad SAW menduduki tempat paling teratas sebagai individu yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia!
Ramai yang mempersoalkan pemilihan beliau itu lebih-lebih lagi sebagai penulis Barat beliau sewajarnya menobatkan Nabi Isa a.s yang dikatakan mempunyai lebih ramai pengikut yang menganut Kristian.
Alasan Hart, Rasulullah melebihi Nabi Isa apabila didapati Baginda tidak sahaja sebagai pesuruh Allah dan nabi terakhir di muka bumi. Namun yang jelas Baginda mempunyai ketokohan yang sangat tinggi sebagai diplomat, ahli perniagaan, ahli falsafah, pemidato, pakar undang-undang, ahli pembaharuan dan pemimpin tentera serta ketua keluarga.
"Saya memilih Muhammad bagi mengetuai senarai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain.
"Akan tetapi Baginda merupakan satu-satunya dalam sejarah dunia yang mencapai kejayaan yang paling gemilang yang tidak sahaja dalam agama malah di peringkat sekular (dunia)," kata Hart.
Jika Hart mampu mengenali Rasulullah sebegini dekat, bermakna penulis buku ini begitu mengkaji seluruh sejarah riwayat hidup sehingga kewafatan Baginda.
Lebih-lebih lagi kepada umat Islam itu sendiri yang setiap kali mengucapkan kalimah syahadah mengakui sepenuh hati bahawa Baginda adalah pesuruh Allah, adakah mereka sendiri mengenali Baginda?
Saidina Ali bin Abi Talib, berkata Nabi Muhammad, orangnya tidak tinggi melampai dan tidak terlalu rendah, ketinggiannya sederhana di kalangan orang lain. Rambut lebatnya tidak kerinting dan tidak juga lurus tetapi antara keduanya, tidak bermuka cengkung dan tidak tembam.
Mukanya bulat dan putih kemerahan.
Kalau dia berjalan di tanah maka diangkat kakinya tanpa menyeret ke bumi bagaikan sedang berjalan di tanah yang cerun.
Kalau Baginda berpaling maka beliau akan berpaling berserta badannya.
Antara dua belikatnya ada cap kenabian yang menunjukkan Baginda penyudah segala nabi, sebagaimana yang diceritakan oleh seorang rahib Nasrani, Bahira ketika baginda berusia 12 tahun dibawa bapa saudaranya, Abu Talib berdagang di Syam. "Sesungguhnya aku mengenalinya dengan cap kenabian di bawah tulang belikatnya seperti buah epal. Kami dapatinya ada disebutkan dalam kitab-kitab kami".
Seorang yang ketara keseriannya, putih mukanya, baik akhlaknya, tidak merasai beban oleh badan yang besar, indah rupa paras dan menarik perhatian, luas dan tampak jelas mata putih dan mata hitamnya, rambutnya lebat, suaranya serak-serak basah, lehernya jinjang, mata hitamnya sangat ketara, tampak urat lengannya, alisnya nipis, kening bercantum dan rambutnya sangat hitam.
Kalau Baginda diam nampak nyata kehebatannya
Kalau dia berbicara nampak nyata keterampilannya
manusia paling menawan dan paling menarik jika dipandang dari jauh
paling cantik dan manis dari dekat
Imam Mahdi
Pada masa itu juga semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan dengan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil.
Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
12.1.09
Kegelojohan Israel - tanda akhir zaman

Kegelojohan serangan Israel amat dahsyat ke atas penduduk Gaza pada hari ini. Zionist Yahudi seolah-olah tidak dapat mengawal perasaan mereka, hinggakan masjid- masjid, sekolah-sekolah dibom, bantuan kemanusian semuanya disekat, dihalang. Mereka sudah tidak hirau pandangan dunia.
Tahukah anda, mereka sebenarnya sedang mengalami ketakutan peringkat tertinggi . Mereka yakin hari-hari kemenangan umat Islam yang dijanjikan dan disebut hadis-hadis akan berlaku tidak lama lagi.
Yahudi sedang melepaskan geram yang terpendam dan terbuku. Mereka tahu masa kemusnahan bangsa mereka sudah terlalu dekat. Ahli bijak pandai mereka mereka sudah menggunakan segala ilmu teknologi yang tercanggih untuk menghancurkan umat Islam, namun tiada siapa yang dapat mengalahkan kekuatan roh manusia yang dibelakangnya adalah Penguasa Alam ini.
Mereka yakin kebangkitan Islam di akhir zaman akan sampai juga ke Palestin kelak, Masjidil Aqsa akan bebas juga akhirnya, maka mereka melepaskan geram sungguh-sungguh di Palestine dengan menyerangnya awal-awal.
Tapi sebenarnya, kegelojohan mereka akan mempercepat lagi bangkitnya keinginan umat Islam pada waktu yang dijanjikan itu.
Menurut isyarat hadis Nabi SAW pemimpin akhir zaman itu ialah Fata At Tamimi dan Sayidina Mahdi Al Muntazar.
Dan melihat apa yg berlaku, inilah sangat hampir masanya akan bertukar dunia kepada suasana baru yang diisyaratkan itu, yang dibawa oleh pejuang Muslim yang hakiki, mereka bukan tentera atau militan namun mereka membawa akhlak, kasih sayang dan perubahan yang menggembirakan. Mereka bergerak dengan panduan yang bersumberkan Qur’an dan sunnah .
Bila kita melihat sejarah, sebaik sahaja Nabi Ibrahim pulang kepada kaumnya setelah keluar dari api yang membakarnya selama 40 hari, maka berlakulah satu kemenangan yang sangat besar dan amat agung. Satu kemenangan yang tidak terduga oleh semua pihak, maka walaupun Nabi Ibrahim tidak menjadi ketua negara Turki semasa itu, mukabumi di mana Nabi Ibrahim as berada pada waktu itu, sebenarnya telah menjadi setenang-tenang negara dengan suasana yang sangat aman , selamat semuanya dan menjadi suburlah negara itu.
Bilamana Allah melakukan keajaiban, iaitu satu mukjizat yang paling besar dimana api tidak membakar Nabi Ibrahim, dan Nabi Ibrahim boleh terlepas, maka ia adalah satu titik tolak kepada seribu-satu keajaiban .
Begitu juga sebaik sahaja Nabi Musa as dapat naik daripada Laut Merah itu dan Firaun didapati telah mati di dalamnya, maka telah terjadi satu perubahan, walau Nabi Musa tidak memerintah Mesir, jadilah negara Mesir itu setenang-tenang negara, sebab karomah paling besar, mukjizat paling besar yang Allah kurniakan kepada orang-orangNya ialah ketenangan. Jadi tenanglah negara itu. Amanlah, selamatlah semuanya dan suburlah. Itulah keredhaan Tuhan kepada negara tersebut.
Tuhan akan mengulangkan sejarah bilamana dunia sudah terlalu zalim dikerjakan oleh para manusia, maka Tuhan akan mengambil alih. Ini adalah satu kenyataan sejarah dan kemuncaknya adalah bila yang membawa kebenaran dinaikkan, yang membawa kezaliman dijatuhkan.
Impian zionist
Jadi orang Yahudi yang menubuhkan negara Israel adalah puak "Yahudi yang murtad" yang dikenali sebagai Rejim Zionist!!!
Yang ingin menubuhkan negara Israel adalah Rejim Zionist
Yang menzalimi Umat Islam di Palestin sekarang adalah Rejim Zionist laknatullah

IMPIAN ZIONIST - menubuhkan Kerajaan Israel Raya
IMPIAN KAFIR ZIONIST LAKNATULLAH MEMBENTUK NEGARA ISRAEL
Kita tidak akan terkejut seandainya Amerika menyerang Iran, Kita tidak juga terkejut seandainya Amerika menyerang Madinah, Arab Saudi dan negara sekitarnya... kerana itu lah IMPIAN KAFIR ZIONIST untuk MEMBENTUK NEGARA ISRAEL RAYA
Israel telah melanggar kedaulatan Palestin. Agresi Israel ke wilayah Palestin tidak dapat dibenarkan berdasarkan hukum Internasional.
11.1.09
kenali bangsa yahudi
Bermulanya bangsa yahudi
Teori pertama
Teori kedua
Nabi dan Rasul yang berbangsa Yahudi
Bermulanya keangkuhan bani Israel
Oleh kerana rosaknya akhlak, bani Israel kemudiannya menjadi tidak disenangi, tidak dipercayai dan keimanan mereka semakin pudar dan amalan mereka diganti dengan penyembahan berhala. Ketika Palestina dikuasai oleh Kerajaaan Romawi, Nabi ‘Isa (Jesus) a.s datang dan sekali lagi mengajak Bani Israel untuk meninggalkan kesombongannya dan hidup menurut agama Allah. Sangat sedikit orang Yahudi yang meyakininya. Sebahagian besar Bani Israel mengingkarinya. Dan, seperti disebutkan Al-Qur'an, mereka itu yang telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dan mereka termasuk dalam golongan durhaka dan selalu melampaui batas.
Orang yahudi memesongkan kitab taurat
Pada 200 SM mereka menambah lagi buku-buku yang memerikan nabi-nabi mereka, Joshua, Judges, Samuel, Kings, Isaiah, Jeremiah, Ezekiel dan skrol yang mengandungi 12 nabi lain. Bangsa Yahudi percaya yang ras lain, Gentiles adalah diciptakan tuhan untuk kepentingan mereka. Pada masa inilah kaum Yahudi membina The Second Temple mengikut citarasanya pada masa itu yang tersimpang jauh dengan ajaran nabi Sulaiman yang asal.
Islam tidak memusuhi bangsa Yahudi
Apapun, “Ya Allah bebaskanlah al quds kami, ringankanlah beban saudara kami di Palestin, selamatkanlah baitul maqdis, jadikanlah kami muslimin/muslimat yang membebaskannya!”
10.1.09
SOLAT JANGAN X SOLAT
TANDA-TANDA SOLAT YANG BERKESAN
2) Kita akan merasa takut untuk melakukan maksiat.
3) Hati menjadi mudah untuk menunaikan segala suruhan yang difardhukan.
4) Hati sentiasa merasakan bahawa segala perbuatan diperhatikan Allah.
5) Hati yang khusyu' di dalam solat dapat menjadikan diri sentiasa tenang.
6) Solat yang berkesan akan menjadikan diri kita manusia yang baik hubungannya dengan Allah dan juga dengan manusia.
1) Hatinya sentiasa tenang walaupun ketika menhadapi ujian dari Allah.
2) Umur dan hartanya berada di dalam keberkatan.
3) Hidupnya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah.
4) Doanya akan mudah dimakbulkan Allah.
5) Terpancar cahaya iman dari wajahnya.
6) Sentiasa merasakan sifat kehanbaan sekaligus menghilangkan sifat sombong dan takbur.
7) Dipermudahkan baginya ketika menghadapi sakaratul maut.
8) Diluaskan kuburnya seluas mata memandang.
9) Kuburnya akan menjadi salah satu taman diantara taman-taman syurga.
10) Dibangkitlan dari kubur dalam keadaan mulia.
11) Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat kelak.
12) Dipermudahkan baginya perhitungan amalannya.
13) Dimasukkannya kedalam syurga.
SIKSAAN MENINGGALKAN SOLAT
1) Hidup tak berkat, kalau susah hina dina hidup melarat, kalau kaya tak bahagia
2) Dihilangkan dari wajahnya cahaya keimanan.
3) Ketika menghadapi sakaratul maut, mereka akan merasa dahaga yang teramat
sangat.
4) Dicabut nyawanya oleh Malaikat dengan kasar dan sekeras-kerasnya.
5) Ketika di dalam kubur, bumi akan menghimpitnya sehingga bertemu tulang rusuknya.
6) Didatangkan kepadanya seekor ular yang sangat dahsyat keadaanya akan mematuknya sehingga hari Kiamat.
7) Allah s.w.t akan memerintahkan malaikat mungkar dan nangkir menyeksanya sehingga hari Kiamat.
8) Dia akan dibangkitkan di hari Kiamat dalam keadaan hina.
9) Allah s.w.t tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat.
10) Akhirnya Allah akan mencampakkan mereka ke dalam neraka.
tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh
dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan
cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan
pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2
waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai
hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan
hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Solat Berjemaah Mengikut Fikh Mazhab Syafie
1. Niat dalam solat
Makmum mestilah berniat makmum sewaktu takbiratul ihram. Batal solat jika dia sengaja mengikut imam tanpa niat makmum atas alasan tiada apa ikatan antara dia dengan imam. Kecuali kalaulah pengikutan dia dengan imam itu secara kebetulan, tidak batal solat, namun dia dikira solat sendirian (munfarid).
Makmum yang syak niatnya samada niat makmum atau tidak, jika dalam solat, batal solatnya. Kecuali dia belum mengikuti imam 1 rukun perbuatan, maka, dia boleh berniat menjadi makmum.
Imam pula, untuk mendapat kesempurnaan berjemaah, hendaklah berniat imam sewaktu takbiratul ihram jika dia ada makmum bersamanya seawal solat. Jika di pertengahan solat, baru ada makmum mengikutinya, maka dia berniat imam sesudah makmum selesai bertakbiratul ihram. Imam yang yang tidak berniat imam, sah sembahyangnya tapi tidak mendapat kelebihan berjemaah. Kecuali untuk solat jumaat, adalah wajib bagi seseorang berniat samada imam ataupun makmum.
2. Takbiratul ihram
Tidak boleh mendahului atau serentak dengan imam dalam takbiratul ihram. Makmum kena tunggu selesainya imam takbiratul ihram, barulah boleh dia takbiratul ihram. Jika tidak, batal solatnya.
Makmum yang takbiratul ihram dan mendapati imam sujud, boleh sahaja terus sujud tanpa mengucapkan takbiratul intiqalat.
Begitu juga, jika dia mendapati imam tasyahud awal atau tasyahud akhir, terus sahaja boleh duduk tasyahud tanpa perlu bertakbir intiqalat. Membaca tasyahud itu dibolehkan baginya.
Makmum yang takbiratul ihram kemudian mendapati imam telah memberi salam sebelum dia sempat duduk, maka dia hendaklah terus sahaja berdiri meneruskan solatnya. Tidak perlu baginya duduk lagi. Dia dikira mendapat jemaah.
3. Menunggu makmum
Adalah lebih afdhal berjemaah dengan orang yang sedikit di awal waktu daripada bersembahyang berjemaah dengan orang yang banyak di akhir waktu. Justeru, tidak sunnah mentakhirkan sembahyang sebab menanti akan orang yang banyak atau menanti orang-orang terpilih.
Sunnat bagi imam menanti di 2 tempat dalam sembahyangnya; Rukuk dan tasyahud akhir; akan orang yang dirasakan datang untuk mengikutnya. Jika dia menunggu untuk makmum mengikutnya masuk jemaah, dia boleh melebihkan tasbih dalam kiraan ganjil 5x, 7x sehingga kesempurnaannya ialah 11x. Jika tiada apa keuzuran seperti itu, makruh imam membaca tasbihnya dalam rukuk atau sujud lebih dari 3x.
4. Makmum Muwafik
Makmum muwafik (mengikut imam pada waktu kadar dia sempat membaca fatihah) yang dikira uzur hendaklah menyempurnakan bacaan fatihahnya tetapi tidak boleh ketinggalan dengan imam melebihi 3 rukun panjang (rukun perbuatan) sebagai syarat mendapat rakaat. Uzur di sini adalah seperti makmum itu bacaan fatihahnya lambat sedangkan imam membaca cepat. Atau makmum syak bacaan fatihahnya. Atau makmum sibuk membaca doa iftitah dan taawuz. Jika tiada uzur, tidak boleh ketinggalan dengan imam melebihi 2 rukun perbuatan atau sembahyangnya batal. Termasuk tiada uzur, ialah seperti makmum membaca surah atau makmum diam.
Makmum muwafik yang was-was dalam membaca fatihah tidak dikira sebagai uzur. Dia perlu menyelesaikan fatihahnya dan hanya dimaafkan sekadar 2 rukun (rukuk & i’tidal). Batal solat jika imam menuju sujud sedangkan dia masih lagi qiyam dan membaca fatihah.
5. Makmum Masbuk
Makmum masbuk (mengikut imam pada waktu kadar dia tidak sempat membaca fatihah) hendaklah terus membaca fatihah tanpa dilengahkan dengan doa iftitah dan taaawuz. Bila imam rukuk, dia hendaklah terus sahaja memberhentikan bacaan fatihahnya. Dia dikira mendapat rakaat, sekiranya dia mendapat rukuk itu bersama imam sekurang-kurangnya tukmaninah (sekadar waktu melafaz subhanAllah).
Sekiranya dia melengahkan bacaan fatihahnya atas sebab sibuk membaca doa iftitah atau taawuz atau diam disebabkan lupa atau mendengar bacaan imam: Maka bilamana imam rukuk, jika dia turut rukuk dengan sengaja, batal solatnya. Hendaklah disempurnakan bacaan fatihahnya dahulu sekadar banyak huruf yang telah dibacanya (doa iftitah atau taawuz) atau lama diamnya. Jika selesai membaca yang tersebut, didapati imam masih rukuk, dia dikira mendapat rakaat. Dia dikira tidak mendapat rakaat, jika imam sudah bangun daripada rukuk dan i’tidal. Justeru, hendaklah dia menyesuaikan diri (muwafakat) dengan terus i’tidal dan tidak wajib baginya rukuk. Jika imam menuju sujud, hendaklah dia terus menuju sujud juga, tidak wajib baginya rukuk dan i’tidal. Syarat baginya tidak boleh ketinggalan dengan imam 2 rukun perbuatan atau batal solat. Kecuali dia niat mufaqarah, maka dia boleh terus solat sendirian.
Makmum masbuk yang bilamana dia takbiratul ihram, didapatinya imam rukuk tanpa dia sempat membaca apa-apa dari Al-Fatihah, maka dikira mendapat rakaat sekiranya dia dapat rukuk bersama-sama imam sekadar tukmaninah atau kadar membaca subhanaAllah. Jika tidak, rakaat tersebut tidak dikira untuknya dan batal solatnya jika dia ketinggalan dengan imam 2 rukun perbuatan.
6. Memberi Salam
Makruh makmum serentak mengiringi Imam dalam memberi salam malah boleh menghilangkan kelebihan berjemaah. Tetapi batal solat jika mendahului imam dalam memberi salam.
Sunnat bagi orang yang masbuk, untuk menyelesaikan baki rakaatnya, bangun selepas imam selesai memberi kedua-dua salam. Bangunnya itu hendaklah disegerakan dan tidaklah boleh dia sengaja duduk dengan kadar yang lama. Bangunnya makmum itu hendaklah diucapkan takbir intiqalat jika dia bangun pada rakaat yang sepatutnya dia bangun daripada tasyahud awal. Jika tidak, tidak perlu baginya takbir intiqalat.
7. Mengulangi Solat (i’adah)
Sunnat bagi makmum mengulangi (i’adah) solatnya 1x atas alasan solat pertamanya itu adalah solat sendirian atau dia ingin menemani orang lain untuk solat berjemaah. Syaratnya solat kedua itu mestilah solat jemaah. Niatnya adalah sama seperti solat pertama.
Orang yang solat sendirian kemudian mendapati ada solat jemaah didirikan, ada 3 keadaan. Pertama, dia boleh berhenti terus daripada solat itu dan masuk jemaah. Kedua, Jika solat itu kurang daripada 2 rakaat, dia boleh sempurnakan solat 2 rakaat. Solat tersebut dikira solat sunat. Kemudian dia masuk jemaah. Ketiga, jika solat itu sudah melepasi 2 rakaat, dia boleh menyelesaikan solat fardhunya secara sendirian itu kemudian dia mengulangi solat dengan berjemaah.
8. Mendahului atau ketinggalan daripada Imam
Haram mendahului imam dengan sengaja satu rukun perbuatan dan batal jikan mendahului imam dengan 2 rukun perbuatan. Terkecuali bagi mereka yang jahil atau lupa.
Jika makmum mendahului imam satu rukun dengan terlupa atau tidak sengaja, dia boleh memilih untuk kembali kepada rukun sebelumnya atau tunggu sehingga imam berada pada rukun tersebut. Contoh jika makmum rukuk mendahului imam, maka bolehlah dia menunggu sehingga imam rukuk untuk kembali bersama-sama imam.
Bagi makmum yang ketinggalan tanpa uzur, tidak boleh melebihi 2 rukun perbuatan. Contoh, makmum masih berdiri, tetapi imam sudah sempurnakan 2 rukun perbuatan dan menuju sujud.
9. Memperingatkan kelupaan imam
Disunatkan bagi makmum memperingatkan kelupaan makmum dengan lelaki mengucapkan tasbih iaitu SubhanaAllah. Wanita pula hendaklah menepuk permukaan tapak tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kiri. Apabila imam masih meninggalkan sesuatu yang fardhu, atas keyakinannya yang dia tidak meninggalkannya, walau setelah makmum mengingatkannya, maka makmum boleh mufaraqah.
Jika imam meninggalkan sunat abaa’d, walau setelah makmum menegurnya, maka makmum tidak perlu mufaraqah. Boleh sahaja dia ikut imam. Contoh, imam meninggalkan tasyahud awal atas sebab lupa. Walaupun nanti imam tidak sujud sahwi, makmum boleh sujud sahwi selepas imam memberi salam kedua. Jika imam sujud sahwi, wajib makmum ikut sekali. Jika tidak batal sembahyang makmum. Bagi imam kena niat sujud sahwi. Bagi makmum tidak perlu berniat apa-apa kerana dia mengikut imam. Sama juga jika imam sujud tilawah.
10. Imam batal sembahyang
Imam yang batal sembahyang atas sebab seperti hadas, boleh diganti oleh makmum dengan syarat makmum belum melakukan satu rukun perbuatan. Pengganti imam kenalah menggantikan imam di tempat imam berhenti.
Haram bagi makmum bersembahyang di belakang orang yang berhadas jika dia mengetahui akan hadas orang tersebut. Samalah sekiranya orang tersebut mempunyai najis pada pakaiannya. Jika sedang sembahyang, makmum baru mengetahuinya, maka wajib bagi makmum mufaraqah. Jika setelah selesai solat, makmum baru mengetahuinya, sah solat makmum, tetapi tidak bagi imam tersebut.
11. Syarat menjadi Imam
Syarat menjadi imam mengikut urutan seperti berikut didahului oleh Faqih atau faham dalam bab hukum hakam agama terutama sembahyang. Jika terdapat dua orang yang sama faqih, maka dilihat pada elok bacaannya. Samada dia seorang qari ataupun tidak. Jika terdapat persamaan pada baik bacaannya, maka dilihat pula dari segi kewarakannya.
Batal sembahyang orang yang qari di belakang orang yang ummi jika dia mengetahui akan umminya orang tersebut. Jika di dalam sembahyang, baru dia mengetahuinya, maka hendaklah dia mufaraqah.
Jika di masjid, maka imam yang dilantik oleh pihak masjid berhak menjadi Imam. Juga, di rumah, tuan rumah lebih berhak menjadi imam, kecuali dia merasakan ada orang lain yang lebih berhak maka dia meminta orang lain menjadi imam. Namun, bagi pemimpin, dia lebih berhak menjadi makmum kepada anak-anak buahnya. Kecualilah dia menunjukkan orang lain menjadi imam.
Bagi imam yang berlainan mazhab, ia diukur mengikut iktiqad makmum. Jika makmum dapat mempastikan yang imam meninggalkan sesuatu yang diambil kira sah sembahyang dalam mazhab makmum, maka tidaklah sah mengikuti imam tersebut.
12. Saf Imam & Makmum
Saf hendaklah mengikut aturannya. Imam mestilah di hadapan makmum dan tidak boleh makmum terkehadapan daripada imam. Makmum lelaki di hadapan dan makmum perempuan di belakang lelaki. Tidak boleh saf perempuan berdiri terlalu jauh daripada saf lelaki yang akhir. Kalau ada 2 orang sahaja untuk berjemaah, makmum hendaklah berdiri di sebelah kanan imam, dekat betul dengan imam sekira-kira jari kelingking kaki kiri makmum bertemu tumit kaki kanan imam. Kalau ada 3 orang, maka 2 orang hendaklah berdiri betul-betul di tengah belakang imam dan jaraknya hendaklah dekat dengan imam kira-kira pada kadar 3 hasta. Begitu juga antara satu saf dengan saf lain di belakangnya. Jika terlalu jauh, maka hilanglah kesempurnaan berjemaah. Namun, ia dikira tetap sah solat.
Imam, sebelum mula mendirikan solat, hendaklah memastikan dahulu barisan saf untuk rapat dan lurus. Lurus itu mengikut tumit makmum. Manakala rapat itu bermaksud jari kelingking kaki makmum bertemu satu sama lain. Makmum pula janganlah hanya menjaga saf pada sebelum solat sahaja atau rakaat pertama sahaja. Sedangkan menjaga saf agar rapat dan lurus hendaklah berlaku pada setiap rakaat. Oleh yang demikian, sebaik bangun daripada sujud kedua untuk rakaat seterusnya, betulkanlah semula saf kita itu walaupun kita dalam keadaan solat.
Makmum yang seorang di kanan imam, bilamana datang seorang lain untuk menyertai jemaah, maka hendaklah dia berundur ke belakang selepas orang tersebut bertakbiratul ihram. Jika di belakangnya sempit, maka wajarlah imam tersebut yang mara ke hadapan.
Bagi seorang yang datang lewat kepada jemaah, hendaklah dia mengisi ruang kosong pada saf yang ada. Makruh baginya memulakan saf baru di belakang saf yang masih ada ruang kosong untuk diisi makmum. Jika ruang sudah penuh, dan dia seorang sahaja di belakang, bolehlah dia memulakan saf baru dengan bertakbiratul ihram, kemudian menarik seorang di saf hadapan menyertainya. Jika dia solat berseorangan di belakang, solatnya sah tetapi makruh baginya berbuat begitu serta kuranglah kesempurnaan jemaah baginya.
13. Solat Imam & Makmum
Harus bagi makmum yang solat penuh (tamam) mengikut imam yang solat qasar. Namun, imam hendaklah memberitahu sebelum solatnya yang dia solat qasar. Tidak menyalahi juga bagi makmum yang solat fardhu untuk mengikut imam yang solat sunat.
14. Jemaah baru
Bagi satu kumpulan yang masuk ke dalam masjid lalu mendapati imam dalam tasyahud akhir, afdhal bagi mereka untuk membuat jemaah baru selepas imam selesai salam. Dengan syarat waktu masih lapang dan tidak sempit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan